kesinambungan dari kisah yg lepas : jawapannyer adalah masjid!!!..
Yelah nk kemana lagi kan lau bwk telekung..mistila nk ke masjid..walau dimana pom kita..kewajipan kenalah ditunaikan sebagai umat Islam..masa untuk solat. Nama masjid ini adalah Masjid Niujie..dan terletak di Beijing. Masjid ini merupakan masjid yg tertua di sini.
jalan2 menuju ke masjid niujie bersama telekung purple yg comey |
Inilah pemandangan bila first masuk pintu pagar |
Dari sekolah lagi kita di ajar mengenai solat jamak dan qasar. Solat Jamak bererti mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Sebagai contoh mengumpulkan waktu zohor kpd asar @ asar kpd zohor, magrib kpd isyak @ isyak kpd magrib. Solat Qasar pulak ialah memendekkan solat drpd 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yg boleh dipendekkan menjadi 2 rakkat hanya solat zuhur, asar dan isyak sahaja. Kita hanya boleh solat jamak atau qasar ni kpd org yg bermuasafir lebih dari 2 marhalah(60 batu) atau lebih 90km.
Peta masjid niujie yg berkeluasan lebih kurang 6000kaki persegi |
Tgk lah betapa mudahnya Islam. Nk pergi holiday pun tiada masalah utk solat kerana kita boleh solat jamak dan qasar. Hikmahnya mempermudahkan @ memberi keringan kpd org yg bermuasafir. Solat jamak terbahagi kpd dua iaitu jamak taqdim dan jamak takhir.
Syarat jamak taqdim ialah :
- Solat pd waktunya yg awal seperti solat zuhur dan magrib
- .Niat jamak pd waktu solat yg pertama.
- Berturut2 antara solat yg pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dgn perbuatan lain dr solat.
- Diselangi dgn iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
- Berkekalan musafirnya sehingga solat yg kedua.
Syarat Jamak Takhir pula :
- Berniat utk mentakhirkan solat yg pertama pd waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama
- Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.
Hadapan pintu masuk |
Manakala syarat Qasar ialah :
1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat
2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah
3. Solat yg diqasarkan hendaklah solat zuhur,asar dan isyak sahaja
4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat
5. Tidak boleh berimam org yg solat penuh(sempurna)
6. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat
7. Dia tahu org yg musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
Dihadapan pintu masuk ruangan solat Lelaki |
Tanpa niat tidak sahla solat kita..ini adalah lafaz niat utk solat jamak dan qasar :
Jamak Taqdim dan qasar
Zuhur-Asar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى
"Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kpdnya asar tunai kerana Allah Taala''.
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى
"Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kpd zuhur tunai kerana Allah Taala"
bersiap2 utk solat |
Jamak Taqdim dan Qasar
Magrib-Isyak
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى
"Sengaja aku solat fardhu magrib tiga rakaat dihimpunkan kdpnya isyak tunai kerana Allah Taala"
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى
"Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kpd maghrib tunai kerana Allah Taala"
Ayah pih n faruqi |
Jamak Takhir dan qasar
Asar-Zuhur
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى
"Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kpdnya zuhur tunai kerana Allah Taala"
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى
"Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kpd asar tunai kerana Allah Taala"
Bersama penduduk beijing yg beragama Islam |
Jamak Takhir dan Qasar
Isyak-Maghrib
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى
"Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kpdnya maghrib tunai kerana Allah Taala"
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعال
"Sengaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dihimpunkan kpd isyak tunai kerana Allah Taala"
Dari kiri gmbr : Pok dek, faruqi n papa. Berada didalam tempat solat lelaki |
Cara mengerjakan solat qasar dan jamak adalah sama seperti mengerjakan solat jamak taqdin dan solat jamak takhir,cuma ditambah qasar sahaja iaitu solat Zuhur/Asar/Isyak menjadi 2 rakaat sementaa solat maghrib kekal 3 rakaat.
dihadapan muka pintu masjid. |
Selepas selesai solat, kita meninjau kawasan masjid yang luas ni..rekabentuk dia sgt unik.
Semoga apa yg dikongsikan dpt sama2 kita lakukan. ok lah,jom tgk2 gmbr kawasan sekitar masjid.
Kawasannya sgt luas...kalau nk tahu,masjid niujie ini adalah yg terbesar diantara semua masjid yg terdapat di Beijing. Masjid ini telah dibina pada tahun 996 semasa dinasti Liao. Penduduk Islam Beijing telah membinanya dengan bercirikan traditional chinese architecture.
Ayah pih sedang mengambil gmbr buat kenang-kenangan |
Dari tepi jalan,ini lah masjid yg akan kita nampak. |
wah..bestnyer qilahhhhhhhh=)
ReplyDeletehihihiii..nati turn hani n hubby lak tg sini....
ReplyDeletewaahhh bestnye gi china..=) singgah bw here...jom drop link kat blog miza..tgh nak update bloglist yang dah rosak..=)
ReplyDeletehttp://littledr.blogspot.com/2012/09/jom-blogwalking.html
tengs ya miza cz sudi singgah blog qi...best sgt g sana cz semua femili g sana...kitaowg cipta memori kt sana...ok nati qi singgah blog miza.
ReplyDelete