Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, September 4, 2012

Diana Danielle dan Farid Kamil BERTUNANG,,,



Tabahkan hatimu Nik Ahmad Fakrie..
        
      TAHNIAH diucapkan kepada pasangan cantik manis dan hensem ni... kpd kawan ku Nik Ahmad Fakrie yg minat giler kt Diana ni melepaslaa..kecewa..hiiii... dah2 tukar wallpaper laem lak..diana da jd tunangan Farid Kamil neh... =P

        Seorang demi seorang selebriti yang hangat bercinta mengambil langkah yang seterusnya dalam percintaan mereka. Baguslah kalau camtu, bercinta selepas kahwin ag best kan. Boleh romantik2 gituuu..hee

         Pasangan pelakon yang hangat bercinta ni telah selamat mengikat tali pertunangan pada 2 September 2012 di kediaman aktress tersebut di Damansara, PJ. Majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang dan sebentuk cincin disarungkan oleh ibu Farid Kamil  sebagai tanda sudah 'diikat' oleh lelaki itu. Menurut perancangan, mereka berdua bakal bergelar suami isteri dalam tempoh setahun dan majlis pertunangan ini juga sebenarnya rahsia.

Fakrie tolong jangan jadi penghalang kebahagiaan diaowg

         Diana dan Farid bertunang selepas menyulam cinta selama 3 tahun. Pada majlis tersebut, Diana yang anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima 3 dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas 5 dulang.

        Ibu Diana Danielle, Norsiah Ramli berkata beliau bersyukur kerana majlis yang dirancang sejak sebulan lalu telah berjalan dengan sempurna & bahagia melihat anaknya. Norsiah Ramli turut mengatakan yang majlis pertunangan ini berlangsung secara senyap atas permintaan Diana Danielle & Farid Kamil sendiri dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Bagai pinang dibelah dua

         Ibu diana, Norsiah Ramli berkata, majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan bersyukur segala perancangan berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia. Harap-harap pertunanagan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik,” katanya.


         Tambah Norsiah, dia tiada niat mahu menyimpan rahsia kepada umum mengenai pertunangan tersebut, cuma keputusan itu dibuat atas kehendak anak dan bakal menantunya itu.

 “Saya tak berniat untuk merahsiakannya daripada sesiapa, Semua itu kehendak Farid dan Diana. Malah tiada rakan artis pun yang diundang. Lagipun ia hanya sebuah majlis pertunangan saja, kami pun buat seringkas yang boleh,” ujarnya.

         Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskah Al-Quran, pakaian, kasut. Sebelum ini Diana dan Farid dikatakan putus cinta, namun hubungan itu disambung selepas beberapa bulan.

   Berakhirlah fantasi cinta seorang sahabat neh... dah2,jangan nangis ye kwan..smile=)..meh2 g tgk wayang citer SAM...hiiii..

       qie, diba, farah n ku sentiasa ad disisi Yie.. Lau rasa nk luahkan perasaan tu bagitau lah kitaowg...hee..peace no war =)

No comments:

Post a Comment